" Sempena hari lebaran yang kian hampir Pengembara96 memohan kemaafan pada Teman2 ekawan alam cyber dan realiti..begitu juga pada insan yang terluka tampa di sedari..Wassalam.."
Menyorot kembali beberapa bulan yang lalu..pesanan ringkas terakhir yg telah kau kirimkan ' jangan hubungi .... lagi ! aku akur dengan kehendakmu syg..seandai percintaan yg telah kau mulakan ingin kau tamatkan aku hormati keputusanmu..dan kita telah berjanji jangan ada benci di antara kita..ku teruskan kembara ke serata benua..menyusuri jalanraya.. meredah lautan luas..merentasi ankasa agar dapat melupkanmu syg..namun dgn tiba2 lenaku terhenti seketika bila menerima sms darimu..sesungguhnya aku tak mengerti ?
Setiap pasangan suami isteri inginkan kebahagian berkekalan hingga ke akhirnya..tapi bumi mana tak timpa hujan lautan mana yang tak bergelora..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..apabila berlaku perselisihan faham dan perbalahan kenapa si isteri akan menhemburkan pelbagai andaian dan tuduhan bagaikan peluru-peluru tembaga tampa perasaan belas menembusi hati suaminya.. apalagi tembakan demi tembakan di lepaskan di hadapan anak-anak yang masih hijau tentang tanggung jawab zahir batin kehidupan suami isteri...Adakah si isteri akan merasa puas dan meletakkan dirinya di mercu kemenangan apabila melihat suaminya seperti seorang defender kerna tidak membalas setiap lemparan kata-katanya ?
Seorang lelaki yang bergelar suami lebih menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dari menggunakan nafsu amarahnya..itulah anugerah tuhan pada kaum adam sebagai pemimpin di mukabumi ini..mendiamkan diri dan bersabar bukan bererti kalah dan bersalah..lebih baik jauh dari pandangan daripada dekat tapi sengketa sepanjang masa..insan-insan kecil jiwa nya suci dan bersih izinkan mereka hidup dengan damai dan penuh keriangan..andai perlu aku menjadi dian membakar diri untuk menerangi kehidupan mereka pengorbanan itu lebih bermakna kerna aku juga pernah mengharungi zaman seusia mereka..
Harga barangan yang tidak terkawal melambung naik menjadikan kehidupan Rakyat begitu struggle..sedangkan negara ini kaya dengan hasil sumber alamnya seperti minyak dan gas..serta menjadi pengeluar utama hasil2 pertanian dan bahan2 komuditi...siapa yang di dahulukan Rakyat atau......jesteru itu berubah lah !
Siapa pun jua tidak ingin menghampiri masa-masa silam apa lagi masa silam itu penuh dengan kekecewaan dan kisah-kisah duka..begitu juga lah aku..dan kehadiranmu yang menerobos tembok hidupku menbuat aku tersedar dari putaran rutin hidup ini..Adakah dirimu jelmaan seorang kekasih masa silamku..Aku masih sangsi..Adakah aku ini suatu persinggahan yang akan kau labuhkan segala penderitaan jasad dan duka dihatimu ? ( Bersambung .. )
Setahun sudah berlalu 18 February muncul kembali mengamit kisah cinta yang masih di dalam kesamaran..andai sekeping kad ucapan yang telah merentasi benua dan lautan tertulis ayat-ayat cinta masih lagi di dalam tatapan..mungkinkah itu gurisan terakhir dari seorang kekasih kepada kekasih jesteru itu Aku sekadar melewati masa-masa silam dan mengutip sisa - sisa cinta..lantas seharusnya Aku berhenti di sini....
Pulanglah !..pulanglah sayang ! pulanglah ke pangkuan mereka yang telah kau besarkan degan jerih , perit dan kasih sayangmu..kau adalah satu-satu nokhoda layarkan behtera hidup mereka ke mercu kejayaan..Sesungguhnya desiran ombak yang memukul pantai , bayu laut yang menyapa wajahmu tidak terdaya melenyapkan rasa kesalmu..bisikan alunan ungas malam tidak mampu mendamaikan gelora di hatimu..tinggalkan saja Tanjung Bidara yang akan mencatatkan suatu lagi kisah memori dukamu.
Kenapa dulu kau tak kaji , kau turut kata hati.. pesanan nasihatku kau anggap sebagai baik-bait puisi..dan kini kau terjerat dengan janji-janji manisnya . Serangkap janji manis dan madah-madah puitis dari insan sejenisku..janji yang akan mengikatmu dengan ikatan suci adalah hiasan hingga kau tertarik olehnya..lalu kau telah menyerahkan segalanya tampa rela..Siapa lah aku di hatimu yang hanya ujud di alam cyber sekadar mengigatkan...Pulanglah !
Hujan yang turun renyai kini mencurah lebat , semakin ligat wiper blade menari-nari di wind screen , semuanya ini tidak ku hiraukan aku terus memandu laju menyusuri lebuh raya membelah suasana malam yang kian larut menuju destinasiku ..walaupun pandangan ku terlontar jauh di hadapan mengikuti garisan-garisan jalanraya namun di layar mindaku masih tergambar ketika kita mengelilingi kuala Lumpur yang bermandikan kan cahaya sambil kita di senandungkan lagu-lagu cinta..malah di benak fikiranku masih terdengar kata-kata yang telah kau lafazkan mengapa aku tidak berhasrat memilikimu hingga abadi ? mungkinkah ayat-ayat yang telah kau tuturkan hanyalah satu gurauan ? dalam sebuah ikatan yang masih hijau dan longgar ternyata aku tidak terdaya menjawabnya dan biarlah persoalan itu kekal di hatimu..andai aku tidak mampu menjawabnya percayalah sayang akan hadir seorang lelaki yang mampu menjawab persoalan itu dan pada saat itu kau kau akan menghargai setiap pertemuan..
Aku mengerti kau mencari sebuah kepastian yang akan menjadi jambatan kebahagian hidupmu..tapi kepastian itu juga tidak mampu ku berikan..memang benar tidak salah kalau kasih di bahagi seadilnya namun madah pujangga ada mengatakan " once bitten twice shy " dari mata seorang lelaki secara jujurnya aku mengakui dirimu memenuhi ciri-ciri yang di perlukan oleh seorang lelaki..namun ini hanyalah lah suatu pandangan peribadiku pandangan dari suatu sudut permukaan sifat dan perwatakanmu..namun terlalu sukar untuk mengetahui perasaan dan apa yang tersirat di hatimu..andai kau telah membuat noktah pertemuan kita berakhir di sini aku mengerti..
Sambil menghirup secawan kopi dan mengunyah apple pai pandangan ku menembusi dinding kongkrit mengimbas kembali pengembaraan hidupku dalam tahun 2010..setahun sudah berlalu menghanyutkan harapan dan impian yang tidak kesampaian..apa yang tinggal hanyalah kenangan kisah suka duka yang akan kekal tercatat dalam dairi hidupku..wajah-wajah ,senyuman dan tutur kata setiap insan yang pernah menghiasi ruang dukaku silih berganti bermain di ruang mata..' Terima Kasih dari hati ku ' dan kini pengembaraanku baru saja menerobos gerbang 2011 aku akan terus melangkah walaupun aku telah melihat di hadapanku berbagai cabaran dan rintangan yang menanti..semoga aku tidak kecundang sebelum berjuang..kerna hidup ini adalah satu ' perjuangan '